fbpx

Jom Buat Resepi Bihun Sup Pama Untuk Makan Petang, Mudah Dan Sedap Tau

iCookAsia

Mesti kadang-kadang teringin nak makan hidangan yang light dan simple sahaja tapi sedap dan mengenyangkan. Ini lah dia resepi yang tepat untuk anda semua cuba. Sangat jimat dan boleh makan banyak tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zara Latif perkongsian resipi Bihun Sup Pama ini 🙂

Bahan-bahan:

Bawang putih

Isi ayam

Kiub pati ayam

Garam

Serbuk lada hitam

Bihun Pama

Telur

Daun sup

Chili flakes

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bawang putih dicincang dadu dan tumis dengan sedikit minyak masak sehingga kekuningan. Ketepikan.
  2. Rebus isi ayam bersama kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam. Rebus hingga isi ayam masak.
  3. Kalau air rebusan berkurang, tambah air biar secukupnya.
  4. Kemudian, letakkan bawang putih yang ditumis bersama minyak ke dalam rebusan ayam.
  5. Masukkan bihun ke dalam kuah sup. Bihun tidak perlu direbus terlebih dahulu ya.
  6. Pecahkan telur, dan biar sekejap hingga telur separuh masak. Perlahankan api.
  7. Akhir sekali, taburkan daun sup dan chili flakes. Siap untuk dihidang. Jangan lupa perah asam limau tau.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Zara Latif(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x