fbpx

Jom Buat Resepi Ketam Berlada Ini, Memang Kaw-Kaw Rasanya

iCookAsia

Yang suka makan makanan laut, boleh cuba resepi ketam berlada ala-ala shellout ni. Memang sedap betul rasanya sampai menjilat jari. Puas hati betul dapat makan menu ini.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

Bahan A:

4 ekor ketam segar

2 cawan minyak

Bahan B:

Kisar bahan hingga halus

5 biji cili merah, dihiris

2 bawang, dikupas dan dihiris

3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris

3 cm halia, dikupas dan dihiris

Bahan C:

5 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos tiram

jus 1/2 limau nipis

1/2 cawan air

2 biji telur, dipukul

1/2 sudu kecil garam

3½ sudu kecil gula

 Bahan D:

2 tangkai daun ketumbar, tanpa batang, dihiris halus

Cara membuat:

  1. Basuh ketam dan bilas dengan air. Keluarkan cengkerang utama, potong kuku ketam dan potong setiap badan kepada separuh. Pecahkan sedikit kuku ketam untuk memudahkan proses seterusnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ketam selama 2 minit, kemudian angkat.
  3. Biarkan 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar.
  4. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram, jus limau nipis dan air. Reneh selama 5 minit.
  5. Masukkan ketam ke dalam kuali, gaul rata dan masak selama 5 minit.
  6. Tuangkan telur yang telah dipukul ke atas ketam dan kacau.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x