Mesti ramai yang suka makan Muffin Coklat kan? Dengan rasa yang moist dan penuh coklat, memang lagi sedap makan. Lagi banyak chocolate chips, lagi best. Rasa crunchy chips tersebut setiap kali gigit.
Jom try.
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Muffin Coklat ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
2 biji telur
1 cawan gula
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan coco powder
1/2 cawan susu pekat (kalau suka manis boleh tambah lagi)
1 cawan susu segar
1 cawan minyak
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan sekata bahan A dan masukkan bahan B.
- Kemudian, kacau sebati dengan menggunakan mixer.
- Masukkan chocolate chips dan kacau sekata, kaup balik.
- Masukkan ke dalam papercup untuk ¾ bahagian.
- Seterusnya, taburkan chocolate chips.
- Akhir sekali, panaskan oven dan bakar 170C selama 20 hingga 25 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity