fbpx

Jom Buat Resepi Sambal Belacan, Nampak Simple Tapi Memang Sedap

iCookAsia

Kalau makan nasi panas, lagi sedap digandingkan dengan Sambal Belacan Goreng kan. Tambah pula ada ikan goreng. Memang padu rasanya. Bertambah makan nasi. Antara resepi yang mudah tapi sekali rasa, sangat menyelerakan.

Jom try.

Terima kasih Sufi Allysha untuk perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂

Bahan- bahan:

Sambal belacan goreng

Cili padi hijau dan merah (mengikut kepedasan)

Cili besar hijau dan merah

Tomato

Bawang putih

Bawang merah atau bawang holland

Belacan 

Limau kasturi

Garam

Gula

Ajinomoto

Ikan bilis

Minyak

Sedikit air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan.
  2. Seterusnya, goreng cili padi hijau, cili padi merah, lada besar hijau dan merah, tomato bawang besar, bawang putih dan belacan. Goreng hingga agak layu kemudian tutup api.
  3. Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kisarkan jangan terlalu hancur dan masuk ke dalam minyak yang goreng cili tadi.
  4. Tumis sampai pecah minyak dan masukkan air serta biarkan mendidih dengan api perlahan.
  5. Biar sampai kering dan boleh masukkan garam dan gula serta air limau kasturi dan ajinomoto.
  6. Akhir sekali, apabila sudah cukup rasa dan sudah pekat elok, boleh tutup api. Boleh hidang makan dengan ayam goreng atau ikan goreng simple sahaja.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sufi Allysha(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x