fbpx

Jom Buat Resepi Sambal Nasi Lemak Simple, Hanya Guna 3 Bahan Utama Sahaja!

iCookAsia

Bestnye kalau dapat makan nasi lemak kan? Lagi mantap kalau sambal tersebut cukup rasa. Memang tak cukup satu makan. Tambah pula, hidangan ini merupakan hidangan wajib rakyat Malaysia. Lepas ini, semua dah boleh buat nasi lemak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Anna El Zehra perkongsian resipi Sambal Nasi Lemak ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

7 biji bawang merah besar

2 ulas bawang putih

3 mangkuk kecil cili kering

(Kisarkan semua)

Bahan B:

Gula

Garam

Ajinomoto

Ikan bilis

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan bahan blend tadi ke dalam kuali. Jangan letak minyak lagi dengan api yang perlahan. Ini dinamakan proses untuk keringkan air dari hasil blend tadi.
  2. Kemudian, agak-agak cili tadi sudah nampak kering, masukkan satu cawan air lagi dan masak hingga cili tadi kering lagi sekali. 2 kali air.
  3. Selepas cili sudah 2 kali proses pengeringan air, masukkan minyak. Tujuan pengeringan air terlebih dahulu ini adalah bertujuan untuk menghilangkan rasa atau bau bawang mentah.
  4. Masukkan 4 hingga 5 sudu gula.
  5. Apabila sambal sudah pecah minyak, masukkan ikan bilis. Ikan bilis ini perlu direndam 2 jam sebelum masak sambal. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
  6. Masukkan air. Buka api perlahan sahaja.
  7. Masukkan bawang holland yang dihiris dan masukkan air lagi sekali. Kacau supaya tidak hangit.
  8. Seterusnya, masak sambal sehingga bawang besar tadi jadi transparent. Proses memasak sambal ini agak lama mengambil masa dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anna El Zehra(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x