Siapa disini suka makan Apam Balik Crispy? Sedap kan dengan kerangupannya lagi. Bukan itu sahaja, dengan kepelbagaian inti menjadikan hidangan ini lagi menarik dan sedap untuk dimakan. Makan satu confirm tak cukup la hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Helena Rizanie Abdullah perkongsian resipi Apam Balik ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur saiz besar
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar gula dan telur dahulu.
- Masukkan bahan-bahan yang lain dan kisar lagi hingga sebati. Diamkan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Kalau semalaman lebih bagus.
- Jikalau adunan keluar buih-buih kecil, jangan risau adunan tetap elok dan selamat untuk diguna. Cuma kacau rata dan tambahkan 1 sudu besar air jika adunan terasa agak pekat.
- Kemudian, panaskan kuali non-stick sehingga betul-betul panas, tidak perlu sapu minyak Boleh guna kuali size diameter 20 cm.
- Tuangkan 1 senduk sayur adunan. Ketebalan apam balik, mengikut selera masing-masing.
- Goyangkan kuali sehingga adunan rata menutupi permukaan kuali dan kecilkan api.
- Seterusnya apabila sudah keluar lubang-lubang halus, itu bermakna permukaan apam sudah masak keseluruhannya dan pastikan tepi-tepi apam sudah berwarna kecoklatan, baru taburkan sedikit gula dan sapukan margerin.
- Akhir sekali, taburkan cheese, nutella, nestum, peanut butter, chocolate rice, cream corn, susu pekat manis atau apa-apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Nota tambahan:
- Pastikan kuali betul-betul panas baru tuang apam balik.
- Api cukup sederhana, bukan api kecil atau kuat sangat.
- Hidangkan panas selagi rangup, apam akan lembik apabila sudah sejuk.
- Masak sebanyak yang perlu sahaja, belen adunan boleh tahan dalam peti sejuk dalam bekas tertutup selama 5 hari.
- Jikalau inginkan apam yang garing crispy, kena tunggu hingga tepi tepi apam sudah bewarna kecoklatan baru lipat dan angkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Helena Rizanie Abdullah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity