Siapa di sini suka makan Roti Puri? Lagi sedap kalau dapat cicah dengan sambal kegemaran masing-masing. Nak buat pun mudah sahaja.
Terima kasih Ida Zaida untuk perkongsian resipi Roti Puri ini 🙂
Bahan-bahan:Â
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 sudu kecil gula
Sedikit garam
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan semua bahan-bahan tadi. Masukkan air sikit-sikit sampai jadi doh yang tidak melekat pada tangan.
2.Perapkan adunan sampai kembang, jika sudah kembang tumbuk buang angin.
- Bulatkan kecil-kecil.
- Lenyekkan dengan penggelek hingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk menggoreng.
- Panaskan minyak. Minyak kena banyak dengan api sederhana.
- Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi. Goreng satu per satu.
- Akhir sekali, sewaktu menggoreng, kena simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Apabila sudah kembung, baru terbalikkan. Masak hingga kekuningan dan angkat.
Tips:
- Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau tidak cukup panas, roti akan jadi leper dan tidak kembung.
- Gelek siap-siap adunan tepung supaya senang untuk sesi menggoreng. Proses menggoreng mengambil masa yang singkat sahaja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity