Mesti anda pernah makan Roti Puri kan? Hidangan ini sangat sedap jika dimakan untuk breakfast. Ditambah pula dengan ada nya sambal sardine. Lagi mantap rasa nya. Bukan itu sahaja, nak buat menu ini pun tidak memerlukan bahan yang banyak.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Dewi Jamaliah Kamsiar perkongsian resipi Roti Puri ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
1/2 cawan air sejuk (dari chiller)
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Mula-mula, gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tidak melekat pada tangan.
- Kemudian tutup dan rehatkan doh dalam 15 minit.
- Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan.
- Akhir sekali, bolehlah digoreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dewi Jamaliah Kamsiar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity