Siapa suka makan Sambal Sotong? Sedap tau jika dimakan dengan nasi panas. Ratah macam tu sahaja pun sedap. Bukan itu sahaja, nak buat pun mudah sahaja. Memang sesuai bagi sesiapa yang nak masak cepat.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zuraini Mat Arshad perkongsian resipi Sambal Sotong ini 🙂
Bahan-bahan:
Sotong (rebus tanpa air sekejap, jika dah keluar air sotong, toskan)
Cili kering (di blend dengan bawang)
Asam keping
Gula
Garam
Aji (optional)
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis cili blend tadi.
- Masukkan gula dan asam keping. Masak sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan garam dan aji.
- Akhir sekali, masukkan sotong. Pastikan jangan masak sotong lama nanti liat. Kacau-kacau dalam 2 minit. Reneh selama 2 minit dengan kecilkan api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zuraini Mat Arshad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity