Mesti ramai suka makan sardin yang dalam tin tu kan? Kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi untuk buat sardine homemade tau. Yang penting, segar ikan sardin. Sedap dan jimat. Boleh makan banyak dan buat untuk pelbagai hidangan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Farah Kitchen perkongsian resipi Sardin Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Dikisar halus):
5 tangkai lada kering
3 biji Tomato
5 ulas bawang besar
12 ulas bawang putih
1 inci Halia
Bahan B:
1/2 cawan minyak masak
Cara membuat:
- Pertama sekali, bersihkan ikan dan buang kepala serta ekor. Bersihkan perut ikan dan sisik.
- Masukkan minyak masak ke dalam pressure cooker.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi tanpa on apa-apa fungsi.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Agak-agak sahaja dan kacau rata.
- Masukkan ikan, kacau rata. Pastikan semua bercampur dan on kan pressure cooker. Kendalikan mengikut pengendalian fungsi pressure cooker masing-masing.
- Akhir sekali, jika sudah siap dan tulang ikan pun sudah reput, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil dan boleh disimpan dalam freezer.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farah Kitchen(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity