fbpx

Jom Buat Solok Lada, Memang Padu Kalau Makan Dengan Nasi Kerabu Ni

iCookAsia

Siapa suka makan Solok Lada mesti cuba resepi kali ini. Sangat mudah nak buat dan bahan yang digunakan pun mudah sahaja. Bagi yang suka makan pedas, bertambah padu rasa hidangan ini, nak lagi sedap, boleh hidangkan dengan nasi kerabu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Haslizawani perkongsian resipi Solok Lada ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan sardin mentah

Kelapa muda parut

3 atau 4 biji mawang merah (tumbuk)

1 biji telur

Air asam jawa

Garam atau ajinomoto

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul sebati ke dalam cili.
  3. Lapikkan daun panda atau kacang panjang atau pucuk ubi kayu.
  4. Masukkan pula cili yang sudah siap beserta santan.
  5. Akhir sekali, tutup dengan tudung periuk sehingga ia masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haslizawani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x