fbpx

Jom Buat Sos Thai Ini Untuk Stok, Boleh Makan Dengan Pelbagai Hidangan. Dijamin Sedap Tau

iCookAsia

Mesti ramai dah cuba Sos Thai kan? Apa kata buat resepi Sos Thai ini pula seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Buat banyak-banyak dan letak dalam peti ais. Nak makan untuk nasi ayam atau sebagai pencicah pun boleh. Yang penting, rasa dia confirm sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Sos Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Kisar):

250 g cili padi merah (Anggaran pedas)

125 g cili besar

5 biji buah tomato ranum

1 labu bawang putih

1 tangkai daun ketumbar

Bahan B:

450 ml air

500 g gula

250 ml cuka

1 sudu kecil garam

1 sudu besar tepung jagung

3 batang akar daun ketumbar

Daun ketumbar (dihiris kasar)

Semua bahan di atas mengikut anggaran sahaja

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, blend kan kesemua bahan A tapi jangan lumat sangat.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan masukkan gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
  3. Kemudian, masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x