fbpx

Jom Buat Sotong Bakar Bersama Sos Pedas Thai. Confirm Sedap Dan Buat Terliur Ni!

iCookAsia

Musim sekarang dapat makan Sotong Bakar Dengan Sos Thai pun sedap kan? Memang satu kombinasi yang perfect. Dengan rasa sos thai yang cukup manis pedas tu, ditambah dengan rasa smoky sotong, makan sorang kene ada banyak hehe.

Apa lagi, jom kita try.

Terima kasih untuk Alia Adila Hassim perkongsian resipi Sotong Bakar Dan Sos Pedas Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Perapan Sotong):

2 sudu kecil gula

1-2 sudu besar kicap manis cair

½ sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, kelar sotong. Jangan sampai terputus.
  2. Campurkan semua bahan-bahan tadi. Gaul dengan sotong.
  3. Perapkan selama 15 minit.
  4. Kemudian, bakar dalam air fryer selama 140c-15 minit + 180-5 minit, untuk bagi garing.
  5. Kalau tiada air fryer, boleh grill atas pan atau bakar macam biasa.

Bahan B (Untuk Sos Pedas Thai):

2 ulas bawang putih

7-8 tangkai cili padi

Akar ketumbar

1-2 sudu kecil gula kabung thai (kalau tiada boleh ganti dengan gula melaka)

(Tumbuk bahan-bahan di atas)

Sos ikan atau nampla

3-4 biji limau kasturi atau nipis (perah dan ambil jusnya sahaja)

Daun ketumbar (cincang halus)

Bawang merah kecil (cincang halus)

Sedikit air suam.

Garam (optional)

 Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan dengan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air suam untuk bagi cair.
  2. Adjust rasa masam manis pedas masin untuk bagi seimbang. 
  3. Boleh sira atas sotong atau cicah begitu saja. Boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Alia Adila Hassim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x