Siapa di sini suka makan Kuih Siput? Sedap kan? cara nak buat resepi ini pun mudah sahaja dan rasa nya memang sedap. Kalau makan sambil tengok drama ni mesti habis cepat tanpa sedar. Admin pun rasa nak cuba buat resepi ini, boleh buat stok untuk raya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Fatin Harnita perkongsian resipi Kuih Siput ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
1 paket kecil rempah kari daging (Optional)
2 biji telur
1 cawan mentega (cairkan)
1 cawan air (letak sekali dengan garam )
Garam secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan-bahan diatas. Tepung gandum, cili kisar rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan dan air garam. Gaulkan sehingga menjadi doh.
- Kemudian, apabila doh sudah sebati, tidak keras dan tidak lembut serta sesuai untuk diterap nanti, boleh gentelkan kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
- Akhir sekali, jika semuanya sudah siap, panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
- Boleh dihidangkan.
Tips:
Boleh lebihkan marjerin atau mentega untuk lebih gebu
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fatin Harnita(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity