Kalau dapat makan Sup Ikan Merah pun best juga ni. Dihidangkan pula dengan nasi panas dan lauk sayuran. Nak masak untuk tengahari atau malam pun boleh. Yang penting, sedap, menyelerakan dan segar tau.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Kakcik Aina perkongsian resipi Sup Ikan Merah ini 🙂
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah (nak guna kepala sahaja pun boleh)
1 sup bunjut daripada adabi
3 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang merah (dimayang)
1 batang serai (di titik atau ketuk)
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelagaÂ
2 batang kayu manis
2 inci halia (diketuk)
1 batang carrot (hiris nipis memanjang)
2 bii ubi kentang (potong dadu besar)
1 pokok daun sup (dimayang)
1 pokok daun bawang (dimayang)
Serbuk lada putih secukupnya
Sebelah limau nipis atau lemon
Garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
Bawang goreng
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan air secukupnya.
- Kemudian, masukkan ubi kentang dan carrot. Masak sehingga hampir lembut.
- Masukkan ikan, garam, serbuk lada putih dan serbuk maggi 3 rasa. Perah limau atau lemon
- Setelah kentang empuk rasa pun sedap semua, dah boleh tutup api.
- Akhir sekali, taburkan potongan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Kakcik Aina(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity