Kadang-kadang mesti teringin nak makan sesuatu yang lain daripada nasi tapi mengenyangkan. Lepas ini boleh cuba buat resepi Bihun Sup Utara ini pula. Lagi nikmat nak makan bila daging nya sangat empuk dan lembut. Dengan sup yang cukup rasa menjadikan hidangan itu sangat sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk perkongsian Azizah Daud resipi Bihun Sup Utara ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Sup):
1 kg Daging dan tulang (rebus hingga empok dan lembut)
4 paket sup bunjut tulang
5 helai daun pandan
Bahan B (Untuk Menumis):
1 labu bawang putih (tumbuk pecah sahaja)
10 biji bawang merah kecil (mayang)
6 inci halia (Ketuk-ketuk pecah)
3 inci lengkuas (Ketuk pecah)
1 cmt lada hitam (Pecah kasar)
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis rempah 4 sekawan yang ada dalam sup bunjut tulang.
- Masuk bahan tumisan atas hingga perang dan naik bau.
- Kemudian, masukkan ke dalam air rebusan tulang dan daging tadi. Daging tersebut diangkat dan potong nipis ikut suka. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Bahan C (Sambal Goreng):
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
4 cmb cili kisar
1 cmb serbuk cili
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk kasar bawang merah besar, bawang putih dan halia.
- Panaskan minyak dan tumis.
- Kemudian, masukkan cili kisar dan serbuk cili untuk cantik.
- Tumis garing hingga bersinar dan masukkan garam, gula serta secukup rasa. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air dan siap.
Bahan D (Untuk Hiasan):
Daun bawang
Daun ketumbar
Daun sup
Bawang goreng
Lobak asin (cincang)
Cili merah (potong)
Cili padi (potong)
Kalau suka, boleh taburkan semua ini bila nak makan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity