fbpx

Jom Cuba Buat Makanan Korea, Ini Dia Resepi Japchae. MUdah Je Nak Buat!

iCookAsia

Kalau tengah tengok drama korea, mesti nak ada kudapan kan. Baru layan tengok cerita tu. Apa kata anda buat Japchae ini dan boleh makan banyak sambil feeling di Korea. Mudah dan ringkas sahaja resepi ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Winny Ruslan perkongsian resipi Japchae ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Glass noodle (Rebus dan toskan)

Daging

(Hiris nipis, perap semalaman dengan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, brown sugar dan garam sikit)

Bahan B:

Carrot (hiris nipis memanjang)

Kobis (hiris halus)

Daun bayam

Bawang Holland (hiris panjang)

Cara membuat:

  1. Letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang. Masukkan carrot, kobis dan bayam. Letak sedikit kicap cair.
  2. Daging yang diperap semalaman mesti di grill atas pan sehingga masak.

Bahan C:

Telur Dadar (Hiris nipis)

Bahan D (Sos):

Kicap cair

Kicap pekat

Kicap manis

Minyak bijan

Brown sugar

Serbuk cili untuk yang nak pedas

Air sikit

Cara membuat (Untuk Sos):

  1. Didihkan kesemua bahan atas api.

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, gaulkan glass noodle dengan semua sayur, daging, telur, dan sos. Gaul sekata.
  2. Taburkan bijan putih dan daun bawang.
  3. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Winny Ruslan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x