fbpx

Jom Cuba Buat Pani Puri, Simple Tapi Memang Perfect Dengan Rasa Masam, Manis Dan Pedas!

iCookAsia

Pernah dengan tak mengenai hidangan Pani Puri? Ramai dah yang mencuba dan sedap katanya. Dengan rasa yang cukup masam, manis dan pedas menjadikan ia lagi menarik. Kalau buat sendiri, lagi best, dapat makan banyak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nazuhaina Azu perkongsian resipi Pani Puri ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Kuah Hijau):

Daun ketumbar

Cili api

Jintan putih

Jintan manis

Garam halus

Gula

Air

Cara membuat:

  1. Kisarkan kesemua bahan di atas. Siap.

Bahan B:

Daun ketumbar

Air

Mayonis

Cara membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati.

Bahan C (Air Asam):

Asam jawa

Gula pasir atau gula perang

Air

Cara membuat:

  1. Masak sehingga sedikit pekat.

Bahan C (Inti):

Kentang lenyek

Daun ketumbar

Bawang

Serbuk cili

Garam halus

Serbuk jintan manis dan jintan putih

Cara membuat:

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas.

Cara membuat (Untuk Pani Puri):

  1. Boleh beli di kedai.
  2. Ini adalah rupa pani puri sebelum digoreng.
  3. Pastikan goreng pani puri tidak terlalu lama dengan api yang kecil sahaja. Masukkan, balik-balik dan terus angkat.
  4. Selepas digoreng, ia akan kelihatan seperti gambar di bawah.

Cara makan:

  1. Pecahkan sedikit pani puri dan masukkan inti kentang.
  2. Curah kuah hijau pedas, kuah asam dan mayonis.
  3. Tabur sedikit daun ketumbar.
  4. Kemudian boleh terus makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nazuhaina Azu(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x