fbpx

Jom Cuba Buat Resepi Ubi Tumis Ini. Sedap Dan Boleh Kenyang Sampai Petang!

iCookAsia

Walaupun kebiasaannya makan ubi begitu sahaja ataupun dengan gula, anda boleh cuba resepi Ubi Tumis yang dikongsikan seorang pengguna Facebook ini. Katanya ini adalah resipi warisan arwah ibunya. Mesti sedap ni.

Jarang dibuat orang ramai tapi rasanya yang pedas-pedas memang rasa nak makan banyak. Makan pula dengan Teh O Panas. Jom kita try.

Terima kasih Bonda Zalina Amat Rosman untuk perkongsian resipi Ubi Tumis ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 batang ubi kayu (Dikupas dan belah dua)

3 biji cili padi (Kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)

1 biji bawang besar

1 ulas bawang putih

1 genggam ikan bilis

Garam dan perasa secukupnya

Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, cuci bersih kemudian direbus hingga empuk.
  2. Kemudian, cili, bawang dan bilis ditumbuk kasar.
  3. Tumis sehingga layu.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
  5. Selepas itu, baru masukkan ubi kayu yang sudah direbus. Kacau rata sehingga ubi bersalut dgn bahan tumisan.
  6. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Bonda Zalina Amat Rosman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x