fbpx

Jom Cuba Buat Singgang Ikan Tenggiri, Terasa Ada Di Kampung!

iCookAsia

Best juga kalau dapat makan Ikan Singgang dengan nasi panas. Digandingkan pula dengan sambal belacan yang memang padu, cukup rasa dan pedas. Fuh tak layan dah lauk lain. Boleh lah feeling ada di kampung.

Jom try.

Terima kasih Atiqah Abdullah untuk perkongsian resepi Singgang Ikan Tenggiri ini 🙂

Bahan- bahan:
Air
1 potong ikan tenggiri
1 biji bawang besar (Saiz sederhana)
2 ulas bawang putih
2 keping asam keping (Boleh tambah kalau suka masam)
2 atau 3 hiris lengkuas
Garam
Bendi (Optional)
Kunyit hidup atau serbuk kunyit (Optional)
Ajinomoto atau gula (Optional)

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan kecuali bendi. 
  2. Pastikan guna api kecil sahaja untuk singgang rasa lagi sedap.
  3. Kemudian, letak air jangan banyak sangat, elok-elok untuk tenggelam ikan. Baru kuah akan manis. Ikan segar lagi sedap. 
  4. Akhir sekali, jika sudah menggelegak, masukkan bendi. Tutup api. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Atiqah Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasia 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x