fbpx

Jom Cuba Resepi Che Nom, Serawa Durian Bersama Pulut Kukus. Nak Cicah Dengan Roti Pun Sedap

iCookAsia

Walaupun musim durian sudah habis, tapi resepi ini masih menjadi kegemaran ramai orang. Dengan rasa yang berlemak dan pekat, lagi nikmat nak makan. Anda semua wajib cuba resepi Che Nom ini. Gerenti sedap.

Jom try.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Resepi Serawa Durian ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A (Serawa durian):

1 mangkuk santan cair

Isi durian (dari 1 biji durian)

2 helai daun pandan

1/2 cawan gula putih

Sedikit gula melaka

Garam secukup rasa

1 mangkuk santan pekat

Bahan B (Pulut Kukus):

500 g pulut

1 mangkuk kecil santan

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan 1 mangkuk santan cair dari sebiji kelapa dan isi durian, jangan buang biji nya ke dalam kuali. 
  2. Masukkan pula 2 helai daun pandan yang dicarik dan disimpul. Masak sehingga durian hancur dari ulasnya dan kuah menjadi pekat.
  3. Kemudian, masukkan 1/2 cawan gula putih, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati.
  4. Masukkan pula 1 mangkuk santan pekat dan teruskan kacau menggunakan api perlahan sehingga kuah mendidih dan pekat. Pastikan jangan sampai santan berketul.
  5. Apabila kuah durian sudah masak dengan pekat dan sempurna, sediakan pula pulut kukus.
  6. Rendam 500 g pulut selama 2-3 jam minimum dan tapiskan. Masukkan ke dalam loyang kukusan yang lapik dengan daun pandan untuk menutupi lubang kukusan supaya pulut tidak jatuh. Kukus anggaran selama 15 minit atau sehingga pulut lembut.
  7. Setelah pulut lembut, tuang pulut ke dalam mangkuk.
  8. Sediakan 1 mangkuk kecil santan dan sedikit garam dan gaul dengan sedikit garam.
  9. Tuang santan ke dalam pulut yang dikukus tadi. Kacau sebati. Kalau nak pulut tanpa santan, pun boleh. Tutup dengan kain supaya wap tidak keluar dan pulut menyerap santan dengan elok.
  10. Akhir sekali, pulut sudah siap dan siap untuk dihidangkan bersama dengan serawa durian.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x