fbpx

Jualan Kuih Laku Keras. Ini Dia Resepi Kuih Lapis Pelangi, Mudah Dan Sedap

iCookAsia

Kalau setiap pagi dapat makan Kuih Lapis Pelangi, mesti best kan. Dengan rasa manis nya yang cukup, dihidangkan pula dengan Milo Panas. Lengkap menu sarapan pagi kita. Bukan itu sahaja tau, nampak susah tapi dengan resepi ini, anda boleh buat dengan tenang dan mudah.

Jom kita try.

Terima kasih Makchu Homemade Bake untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pelangi ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

2  cawan air

1  cawan santan pekat

2 cawan santan cair

1/4 sudu garam

Pewarna

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan kacau sehingga sebati.
  2. Tapiskan. Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  3. Panaskan periuk kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 3 hingga 5 minit atau sehingga masak.
  5. Setelah lapisan pertama masak, masukkan adunan untuk lapisan kedua. Ulang langkah yang sama sehingga kesemua lapisan siap dikukus.
  6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 hingga 15 minit.
  7. Angkat dan sejukkan dan sedia dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Makchu Homemade Bake(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x