fbpx

Kalau Ada Acuan Wafer Di Rumah, Boleh Cuba Buat Sendiri Adunan. Hidang Untuk Anak Anda, Pasti Mereka Suka.

iCookAsia

Menjadi seorang Ibu ini perlu kreatif. Kenapa kreatif? Sebab kena fikir nak masak apa untuk anak-anak tanpa mereka rasa jemu. Kalau hari hari sarapan nasi, mereka juga boleh bosan. Jadi apa kata anda semua ikut resipi dibawah ini iaitu Wafer. Ala-ala western tapi mengenyangkan. 

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Wafer ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1½ cawan air

½  cawan susu segar

2 sudu kecil baking powder

2 sudu besar minyak masak

1 biji telur

3 sudu besar gula

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Kacau semua bahan sehingga sebati pastikan tidak berketul.
  2. Panaskan acuan letak adunan secukupnya. Biar hingga masak.

*Boleh di makan dengan jem sekaya, sos coklat dan lain-lain mengikut kesukaan masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x