fbpx

Kalau Anak Dah Bosan Dengan Makaroni Goreng, Boleh Cuba Buat Makaroni Sup Pula. Confirm Nak Tambah Banyak Kali.

iCookAsia

Menggunakan Makaroni untuk masak cara Melayu memang sudah ramai yang tahu. Iaitu Makaroni Goreng. Ini je lah cara yang paling mudah kalau tidak mahu makan Nasi. Sesuai juga untuk dihidang untuk anak-anak. 

Tetapi, ada cara hidangan yang lagi menyegarkan dan mengenyangkan tau. Disini, Admin kongsikan resepi Makaroni Sup daripada seorang pengguna Facebook ini. Bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi lebih sesuai untuk dihidang pada anak-anak kecil anda. Jom cuba!

Terima kasih Cik Puan Julieta untuk perkongsian resipi Sup Makaroni ini 🙂

Bahan-bahan:

1 bungkus makaroni (rebus sampai lembut taruh garam dan sedikit minyak masak, kemudian angkat dan toskan)

1 labu bawang besar hiris dadu

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

1 ketul pati kiub ayam

1 inci halia potong mancis

Daun sup / bawang

3-4 ketul isi ayam

1 batang carrot (dipotong kecil)

3 biji ubi kentang (potong kecil)

Putik jagung

1 bungkus sup bunjut

Sedikit buah pelaga

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Air secukupnya

Bahan hiasan

Daun sup

Cili kicap

Bawang goreng

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali taruh sedikit minyak, kemudian tumis bawang, halia. Kacau-kacau sekejap dan selepas itu, masukkan sup bunjut dan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kacau sampai agak keperangan masukkan air secukupnya dan diikuti dengan ayam.
  2. Reneh sampai ayam agak lembut. Isi ayam,  diangkat dan toskan. Kemudian carik-carik isinya dan ketepikan. Dalam sup, masukkan ubi, pati kiub ayam, serbuk lada hitam reneh sekejap. Kemudian masuk carrot, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa. Reneh sampai masak. Akhir sekali tabur sedikit daun bawang dan daun sup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Julieta (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x