fbpx

Kalau Rindu Kuih-Kuih Kampung, Ikut Resepi Apam Kampung Ini. Lembut Dan Gebu.

iCookAsia

Kuih Apam adalah antara kuih tradisi yang sangat mudah dalam proses pembuatannya. Dalam kata lain, resepi Kuih Apam ini resepi yang Anti-Gagal. Ramai daripada kita yang sudah tahu dan banyak resepi sudah dikongsikan. 

Tetapi, berlainan dengan resepi daripada seorang pengguna Facebook kali ini. Kuih Apam daripada beliau ini sangat istimewa dengan rasanya ala-ala buatan di Kampung. Haa, ada yang rindu ibu bapa di kampung? Jom buat resepi ini!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Apam Kampung ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum (cap bunga ros)

1/2 sudu kecil garam 

1 cawan gula merah (dibancuh bersama 2 cawan air suam)

1/2 cawan gula putih

1 sudu besar mauripan (dibancuh bersama 1/2 cawan air)

Cara membuat:

  1. Bancuh kesemua bahan. Apabila dah sekata, tutup bekas yang berisi adunan rapat-rapat. Biarkan adunan selama 2 jam.
  2. Sapu sedikit minyak masak pada loyang. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x