Admin pasti, ramai di kalangan kita yang betul familiar dengan jenama restoran Sate Kajang ini dan tidak boleh tipu, memang sedap. Musim PKP ini, tidak boleh keluar dan makan di restoran. Apatah lagi kalau di tempat anda tiada cawangan Sate Kajang ini, memang sudah tentu tidak boleh rentas daerah pula kan.
Haa, apa kata kita cuba buat Sate sendiri. Nampak macam renyah atau leceh, tetapi mana tahu bila buat guna air tangan sendiri ini lebih sedap? Belum cuba, belum tahu. Jom buat!
Terima kasih secubitrasaciknani untuk perkongsian resipi Sate Ayam Dan Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
600gm isi ayam atau daging
1 keping gula Melaka
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi sate secukupnya
1 batang serai – dititik (untuk merenjis)
Minyak Masak secukupnya
Bahan A:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
3 sudu makan serbuk kunyit
Bahan Disangai:
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan halus / jintan putih
Cara memasak:
- Potong ayam / daging menjadi bentuk kiub mengikut saiz kesukaan anda. Basuh dan tos sehingga kering.
- Tumbuk bahan A dan masukkan bahan sangai. Tumbuk lagi sehingga lumat.
- Satukan isi ayam / daging bersama bahan tumbuk, gula Melaka, gula pasir dan garam. Gaul rata adunan dan perakam semalaman.
- Cucuk sate pada lidi dan bakar di atas pemanggang sate. Renjis-renjiskan sate dengan minyak masak Alif menggunakan serai yang dititik.
- Kipas sate dan balik-balikkan agar masak sempurna.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips:
- Rendam lidi sate selama sejam untuk memudahkan isi ayam atau daging dicucuk dan juga untuk mengelakkan lidi hangus ketika membakar sate.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: secubitrasaciknani (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos