fbpx

Kalau Rindu Nak Makan di ‘Food Court’, Boleh Cuba Buat Sendiri Yee Mee Sizzling Ini. Sedapnya…

iCookAsia

Sambutan Hari Raya yang kini hanya di rumah sahaja, hidangan raya pun sudah cukup kita nikmati. Tidak sampai seminggu Raya lagi. Nak ke shopping mall  untuk nikmati makanan di food court pun tidak boleh. Apabila teringin makanan di sana, pasti hidangan sizzling menjadi perhatian dan kegemaran ramai orang. 

Tetapi, apa kan daya, kita perlu menjadi diri dan SOP. Haa, yang teringin tu jangan risau. Disini Admin kongsikan cara membuat Yee Mee Sizzling yang sebijik rasanya di food court di shopping mall. Jom buat!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Yee Mee Sizzling ini 🙂

Bahan-bahan:

Yee mee (cap kunci)

4 ulas bawang putih (cincang)

1 inci halia (hiris)

7 batang cendawan shitake (hiris)

3 batang cili kering

1 1/2 kiub pati ayam

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu kecil kicap cair

1 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)

1 biji telur

1 mangkuk kecil kicap lemak manis

1 mangkuk kecil dada ayam

2 sudu besar tepung jagung

1 ikat pak choy

1 liter air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak bijan. Tumiskan bawang putih, halia, cili kering hingga naik bau.
  2. Masukkan air, kiub pati ayam, kicap lemak manis, sos tiram, kicap cair dan lada hitam. Gaul sebatikan. 
  3. Apabila kuah sudah mula nak didih masukkan dada ayam dan cendawan shitake.
  4. Tepung jagung bancuh dengan sedikit air masuk dalam kuah dan masak hingga kuah agak pekat sikit. Sudah siap, tutup api.
  5. Panaskan non-stick pan/hotplate, sudah panas je terus masukkan kuah sizzling tadi dan letak 1 sanggul yee mee (sebelum tu rendam seketika dalam air panas selama 3-5 minit hingga terlerai).
  6. Susun sayur pak choy, ikut suka nak letak banyak mana dan pecahkan sebiji telur. Biarkan mee kembang sikit dan telur separuh masak terus tutup api dan sedia dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x