Kalau makan rempeyek, memang tak pernah puas kan, lagi-lagi kalau beli. Sekejap sahaja sudah habis sebalang. Jadinya jalan terbaik, cuba buat sendiri di rumah. Gunakan resipi terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik, malah isi kacang dan ikan bilis juga boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.
Terima kasih Mazni Mohamad Isa atas perkongsian. Resipi asal daripada Buiemah Paimen.
Bahan :
1 pek kecil Tepung beras cap 3 gajah
1/2 cawan Tepung ubi
4 1/2 cawan Air
1-2 biji Telur gred c/d
2 sk Garam
Perasa secukup rasa – pilihan
2-3 sb Air kapur
Bahan kisar :
1/2 cawan Ikan bilis/udang kering/udang geragau – pilih salah satu
3 sb Ketumbar – biji rempah
2 sb Jintan manis
4 ulas Bawang putih
Hiasan :
500 gm Kacang tanah – cuci dan keringkan. Masukkan dalam oven dalam 30 minit atau sehingga masak
Ikan bilis – kopek dan panggang dalam oven sehingga garing
Cara :
- Kisar bahan kisar dengan dua cawan air.
- Kemudian satukan dengan bahan kering, air kapur, telur dan perasa. Kacau sebati dan masukkan baki air 2 1/2 cawan tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang cantik. Perasakan dengan garam.
- Panaskan minyak dan goreng menggunakan acuan atau curahkan di tepi kuali.
Nota :
- Boleh tambahkan dua sudu besar jintan putih dan lapan helai daun limau purut.
- Kacang tanah dan ikan bilis dibasuh bersih dan toskan airnya. Jika tidak dibakar, goreng terus dengan adunan menggunakan api perlahan sehingga rempeyek kekuningan.
- Penggunaan garam dan perasa boleh dikurangkan kerana ikan bilis/ udang kering/ udang geragau sudah masin
- Goreng dengan minyak yang banyak.
- Acuan harus dicelup dalam minyak dan biarkan panas. Baru celupkan adunan dan tabur kacang dan ikan bilis.
- Jika tiada acuna, curah dan sirai adunan di tepi kuali dan sambil curahkan minyak sehingga rempeyek tanggal sendiri.
Kredit resipi & foto : Mazni Mohamad Isa
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/