Ada sesetengah orang, apabila teringin benda manis pasti mereka buat Kek Batik. Hidangan ini memang sangat mudah, seperti yang kita tahu. Bahannya senang dicari dan juga caranya sangat mudah. Haa, tetapi pernahkah anda alami dimana anda cuba untuk mencari Biskut Marie tetapi tidak jumpa di kedai runcit berhampiran rumah? Jangan risau, disini Admin kongsikan cara membuat Kek Batik menggunakan Biskut biasa sahaja. Best kan? Jom buat sekarang!
Terima kasih Nora Ha untuk perkongsian resipi Kek Batik Cream Cracker ini 🙂
Bahan-bahan:
Butter atau marjerin 250g
4 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil gula pasir
2 1/2 cawan Milo
Biskut Cream Cracker
Cara membuat:
- Cairkan butter atau marjerin di dalam kuali.
- Masukkan susu pekat dan gula pasir.Â
- Kemudian masukkan milo.
- Kacau sehingga sekata. Kemudian, tutup api.
- Susun biskut cream cracker. Sendukkan adunan milo, ratakan sambil tekan sedikit. Ulang langkah sehingga adunan milo habis.
- Sejukkan di dalam peti ais untuk semalaman (bahagian chiller).Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Ha (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/