Resipi Bubur Lambuk perkongsian Puan Asmahan ini sesuai bagi yang rindukan bubur lambuk di bulan Ramadan. Cara membuatnya juga mudah dan ringkas, namun rasanya tetap sedap dan win.
Bahan :
2 mug beras – rendam 20 minit
1/2 kg Daging – campur sekali yang berlemak
1 pek kecil Rempah sup
250ml Santan
3 sb Lada hitam
3 ulas Bawang merah
8 ulas Bawang putih
2 jari Halia
Kentang
Lobak merah
Daun sup
Bawang goreng
Cara :
- Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian tumis sehingga agak garing.
- Kemudian masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak.
- Selepas itu masukkan daging dan gaul sebati. Terus masukkan beras yang telah direndam tadi. Goreng beras seketika dan masukkan air.
- Rebus beras sehingga nampak agak lembut.
- Masukkan santan dan perasakan dengan garam. Masukkan bersama serbuk lada hitam, kentang dan lobak merah.
- Apabila sayur sudah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng. Sesuaikan rasanya dan siap.
- Resipi ini boleh juga digandingkan dengan ayam dan udang.
Kredit resipi & foto : Jamal Dan Asmahan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/