Kalau dah bosan makan nasi, boleh lah Try Masak resepi Spaghetti Carbonara yang sangat mudah daripada Che Nom ini. Orang bujang pun boleh buat. Walaupun tak cukup bahan macam dalam resepi asal Che Nom, tapi tetap sedap. Tak percaya? Jom Try Masak sekarang!
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA
Bahan-bahan untuk kuah:
Sedikit minyak zaitun
½ biji bawang Holland
4 batang sosej
capsicum merah dan hijau
1 mangkuk dada ayam
1 tsp black pepper
1 tin sos carbonara Prego
1 cwan susu full cream
1 keping keju cheddar
1 tsp dried basil
1 tsp dried oregano
1 tsp dried parsley
Bahan-bahan untuk spaghetti:
Air secukupnya
1/2 paket spaghetti
Sedikit garam
Minyak zaitun
Cara membuat:
1. Rebus spaghetti dahulu dalam Air yang menggelegak. Masukkan sedikit minyak. Apabila sudah lembut, toskan.
2. Campurkan dan ratakan sedikit minyak zaitun ke dalam spaghetti yang telah direbus.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland.
4. Masukkan sosej dan lada benggala merah dan hijau.
5. Kemudian masukkan lada hitam atau blackpepper secukupnya.
6. Masukkan sos carbonaran dan susu full cream. Kacau sebati.
7. Masukkan keju cheddar. Gaul hinggan keju cair.
8. Masukkan basil, oregano dan parsley.
9. Tambahkan garam jika perlu.
Siap untuk dihidang!
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: [email protected]