Resipi ni memang paling ringkas sebab tak menggunakan banyak bahan dan caranya juga tidak renyah. Dan paling istimewa sebab sentuhan terakhir itu, kita masukkan jus lemon supaya rasanya lebih kick!
Dan kalau nak kuahnya lebih pekat dan likat, reneh menggunakan api perlahan sehingga kuahnya kering dan salutan rempah sebati dengan ayam. Makan pula dengan roti canai, sedapnya.
Bahan:
1 kg ayam – diperap dengan separuh bahan kisar selama tiga jam. Kemudian goreng separuh masak.
2 sk garam
100 ml minyak masak
250 ml santan
Jus lemon
3 sb rempah kari daging
2 cawan air
Daun kari
Bahan Kisar:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering (direndam)
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
Cara:
1. Goreng ayam yang diperap separuh masak dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Biarkan sehingga garing.
3. Kemudian masukkan serbuk kari.
4. Selepas itu baru masukkan ayam dan gaul rata.
5. Masukkan santan dan masak menggunakan api kecil.
6. Masukkan air dan masak sehingga pekat.
7. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan masukkan jus lemon.
Jom shopping peralatan dapur di – https://shop.icookasia.com/