fbpx

Kari Ikan Sebijik Rasa Mamak, Memang Kena Cuba Ni

iCookAsia

Pernah tak makan Kari Ikan tapi rasa lain? Kadang tak cukup rasa masin la, mesti ada kurang nya. Sebab tu kena cuba resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini. Dengan kepekatan kuah Kari Ikan yang disajikan, confirm jadi dua pinggan nasi sekurang-kurangnya.

Jom try.

Terima kasih Dora Nurlaily KJ untuk perkongsian resipi Kari Ikan  ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
1 biji bawang merah (mayang)
1 ulas bawang putih (mayang)
Rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
Daun kari
Halba campur
1 sudu besar cili boh

Bahan B (kisar halus):
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C (rempah kari):
3 sudu besar rempah kari ikan (apa2 brand)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Bancuh dengan sedikit air asam jawa
Tomato (potong 4)

Bahan D:
2 potong ikan jenahak
Bendi
1/2 cawan santan kotak (kara)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan A sampai naik bau dan garing. 
  2. Kemudian, masukkan bahan B. Tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan pula bahan C. Tumis hingga 5 kali pecah minyak.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan, bendi, air secukupnya dan 1/2 cawan santan. Perasakan dengan garam, gula dan aji.

Tips:

  1. Boleh masukkan tomato sekali dengan rempah kari. Tumis smpai layu. Rasa masam kari lagi sedap. Air jangan banyak sangat. Sedang-sedang sahaja, tidak perlu terlalu pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dora Nurlaily KJ

Kari Ikan nak lagi puas memang kena guna kuali besar dan berkualiti. Boleh tengok sini: https://shope.ee/9zXf6rsFTa 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x