Buat anda yang teringin makanan seafood ala Thai/Siam, boleh cuba masak dari perkongsian resipi ini. Sangat mudah dan cukup rasa masam, manis dan pedas. Orang putih kata, it tastes perfect and fine!
Terima kasih Qema Fazri untuk perkongsian resipi Udang Spicy Sweet Sour ini 😀
Bahan-bahan:
Isi udang yang di celur (kopek, tinggal janggut dan ekor sahaja)
*boleh juga guna seafood lain yang telah dicelur
Bahan Untuk Sos:
Cili kecil tumbuk hingga lumat (kualiti bergantung pada tahap kepedasan anda)
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
Serbuk cili kering kasar
Halia muda (dicincang halus)
Bawang putih (dicincang halus)
Daun ketumbar (dicincang halus)
Gula perang/ Gula putih biasa
Cara penyediaan:
1. Gaul sebati kesemua bahan sos. Kemudian perasakan dengan garam.
*Boleh juga letak sos ikan. Mengikut citarasa anda
2. Selepas itu, letak dan gaul bersama udang/ seafood lain.
3. Biarkan seketika untuk sos serap kedalam udang/ seafood.
*Boleh juga letakkan sayur seperti lobak (diparut halus), bawang besar (dicincang). Mengikut citarasa masing-masing.
4. Udang spicy sweet sour sedia untuk dimakan!
Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Qema Fazri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/