fbpx

Kek Dan Cupcake Oren Sunquick Yang Harum Semerbak. Bau Wangi, Satu Rumah Boleh Bau.

iCookAsia

Sebelum ini, Admin pernah juga kongsikan resipi Kek Oren yang menggunakan Sunquick. Rupanya lebih kurang sama dan untuk resipi kali ini tetap menggunakan Pati daripada Sunquick juga. Kalau tidak ada, tidaklah namanya Sunquick kan? 

Berlainannya resipi ini dengan sebelum ini, pengguna Facebook ini menggunakan Air Fryer untuk membuat Kek Sunquick. Senang sangat. Sebab cepat masak dan mudah sahaja. 

Terima kasih Uwan Nolly Epin untuk perkongsian resipi Kek Oren Sunquick ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat 

*satukan ketiga-tiga bahan diatas

4 biji telur gred A

2 sudu besar parutan kulit oren sunkist

1/2 cawan pati oren sunquick

2/3 cawan gula

2/3 cawan susu pekat (boleh kurangkan)

1 cawan minyak sayuran

1 cawan air panas

1 sudu teh esen vanila

Sedikit warna kuning lemon atau warna oren

Cara membuat:

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan buang tali pusat telur untuk elakkan bau hanyir.
  2. Masukkan gula, telur dan pukul sebati (boleh gunakan mixer).
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan minyak. Kemudian, pukul sebati.
  4. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas. Pukul sehingga adunan kelihatan licin dan tidak berketul.
  5. Masukkan oren sunquick dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Akhir sekali letakkan parutan kulit limau dan pewarna oren.
  7. Pukul sehingga semuanya sekata.
  8. Masukkan kedalam bekas.
  9. Tabur sedikit hirisan limau.
  10. Boleh dikukus atau dibakar.

Oven: 180°c – 30min

Air Fryer: 180°c – 5-8min

(Ikut suhu oven / air fryer masing-masing)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Uwan Nolly Epin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x