fbpx

Kek Gula Hangus

iCookAsia

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan Gula Hangus:1 cwn gula1 cwn air panas2 sudu besar mentega

Bahan-bahan kek:4 biji telur saiz A1 cwn tepung gandum2 sudu kecil Soda Bikarbonat3/4cwn Susu Pekat1sudu kecil Vanilla

Cara-cara:

  1. Untuk sediakan gula hangus: Masukkan gula ke dalam kuali, cairkan dengan api yang sederhana jangan terlalu gelap (nanti kek akan rasa pahit).

  2. Kemudian curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit dan kacau sehingga ia sebati. Tutup api dan masukkan mentega, kacau rata dan sejukkan air gula itu

  3. Untuk menyediakan kek: Pukul telur  sehingga kembang menggunakan mixer kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati dan kembang.

  4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga tepung habis.

  5. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.

  6. Gunakan loyang segi 4 7x7inch, sapukan sedikit mentega dan lapik dengan kertas minyak.

  7. Perap adunan kek selama 1 – 3jam untuk dapatkan corak sarang di dalam kek. (Pastikan loyang kek ditutup ketikan adunan diperap)

  8. Panaskan oven terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160c, bakar menggunakan api bawah terlebih dahulu selama 35minit dan 30minit menggunakan api atas bawah pula. Bakar kek sehingga masak.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x