fbpx

Kek Jagung Yang Sangat Lembut. Bukan Jagung Pada Perisa Sahaja Tau, Memang Ada Jagung Dalam Kek.

iCookAsia

Kalau buat kek di rumah, memang bau harum semerbak lah satu rumah. Pasti anak-anak pun akan datang pada ibu, masak apa hari ni kan? Boleh berebut nak makan. 

Hidangan kek ini memang sesuai sangat dibuat pada makan petang. Berehat di halaman rumah sambil menikmati kek. Lebih-lebih lagi kalau buat Kek Jagung ni. Ada butir-butir jagung dalam kek ini yang menarik. Macam ada benda yang boleh dikunyah sekali. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kek Jagung ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji telur gred A

1 sudu besar ovalette

3/4 cawan gula

1 sudu teh baking powder

2 cawan tepung gandum

1/2 batang jagung..ceraikan isi

Letak pewarna pilihan

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan mentega cair

1/3 cawan susu cair

2 biji pisang dilecek-optional

Cara membuat:

  1. Pukul telur, gula, ovalette dan esen vanila hingga kembang dan putih.
  2. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik.
  3. Masukkan tepung dan gaul guna spatula. Selepas itu, whisk bagi sebati.
  4. Masukkan mentega cair. Gaul rata dengan spatula. Masukkan isi jagung dan pisang. Gaul sebati.
  5. Bahagikan ikut corak yang kita suka. “Saya buat warna plain dibawah dan corak sahaja berwarna”.
  6. Bakar pada suhu 120 celcius selama 1 jam.

*Hati-hati semasa hendak terbalikkan, sebab kek sangat-sangat lembab dan gebu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x