fbpx

Kek Kukus Buat Warna Ombre. Nak Buat Warna Lain Pun Boleh, Yang Penting Hasilnya Gebu Dan Lembut Betul.

iCookAsia

Kalau disebut teknik mengukus ini memang resipi ini adalah antara resipi yang anti-gagal. Sebab apa, teknik ini hanya menggunakan wap air kukus untuk membuat sesuatu hidangan tersebut. Jarang sekali untuk Kek terutamanya menjadi terbakar. 

Kek Kukus satu warna sangat biasa. Jadi, apa kata kita buat ia jadi lebih menarik? Seperti seorang pengguna Instagram ini. Beliau membuat Kek Kukus dengan menggunakan satu pewarna sahaja. Tetapi beliau sangat kreatif dengan membuat versi Ombre. Jom cuba!

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Kek Ombre Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3 biji telur gred A

3/4 cawan gula

Esen vanilla

1 sb ovalette

150 ml susu segar

100 ml minyak masak

 

Cara membuat:

  1. Mula-mula ayak tepung dan ketepikan.
  2. Kemudian campur telur, gula dan esen.
  3. Pukul sampai berbuih masuk kan ovalette. 
  4. Pukul sampai kembang berkrim. Kemudian masukkan tepung selang selalu dengan susu segar.
  5. Apabila sudah sebati, berhenti mengadun.
  6. Akhir sekali, masukkan minyak dan kacau rata.
  7. Bahagi kan adunan kepada 5.
  8. Warnakan ikut selera masing-masing. Guna loyang saiz 6 dan lapik dengan baking paper.
  9. Tuang setiap adunan dan kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
  10. Sejukkan dan sedia untuk di potong.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x