fbpx

Kek Marble Cantik Jelita. Resipi Paling Laku Buat Jual.

iCookAsia

Kek Marble eksklusif ini memang tengah in, sana sini ramai yang cuba membuatnya. Penampilan yang cukup cantik dan mewah, namun nak membuatnya mudah sahaja. Menurut pemilik resipi, Nur Amina sehingga kini sudah hampir 100 biji terjual dalam masa dua bulan.

 

Bahan Putar :

1 cawan Gula

1 sk Esen vanilla

6 biji Telur

1 sb Ovalette

Perisa

 

Bahan :

2 cawan Tepung gandum

1 sk Baking powder

1 cawan mentega – cairkan

3 sudu susu tepung + air jadikan setengah cawan / susu kotak setengah cawan

Pewarna

 

Cara :

  1. Mixer bahan-bahan putar sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan campuran susu sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan. Kaup balik.
  4. Ambil sedikit adunan untuk membuat corak di atas kek.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Ambil adunan yang telah dicampurkan pewarna tadi dan buat corak di atas kek.
  6. Panaskan ketuhar dalam lima sehingga 10 minit dan bakar adunan pada suhu 160/180c selama 50 hingga 60 minit.
  7. Selepas 30/40 minit dibakar, letakkan aluminium foil di atas loyang. Atau gunakan suhu rendah dan letakkan loyang di rak bawah. Atau gunakan rak tengah sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Nur Amina

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x