fbpx

Kek Marble Jelita Yang Lembut Dan Cukup Manis. Resepi Tak Lapuk, Masih Ramai Yang Mencuba.

iCookAsia

Kek Marble Jelita ini pernah viral pada tahun lepas. Pelbagai corak yang telah dibuat, ada warna gelap, ada warna soft juga. Cantik tau! 

Buat anda yang belum pernah cuba buat, belum terlambat lagi untuk mencuba tau. Jangan risau, gunakan warna ikut kesukaan anda, hias cantik-cantik. Taraa! Hasil yang Jelita!

Terima kasih Fatimah Saari untuk perkongsian resipi Kek Marble Jelita ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung self raising (230 gram) 

1 cawan gula (100 gram) 

5 biji telur gred A  (Wajib telur baru)

*Jika Telur Gred B 6 biji

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar ovalette ( 40 gram) 

3/4 cawan minyak jagung (100 gram) 

*boleh gantikan dengan butter mahal jika suka.Tapi cairkan dulu butter (guna kaedah kaup balik) 

Loyang 8x8x3 = berat 1 kg lebih 

Cara membuat:

  1. Mix semua bahan diatas sampai gebu lebih kurang 7-10 min kecuali butter. 
  2. Selepas gebu, masukkan butter cair tu kaup balik sahaja. Buat corak kesukaan masing-masing.
  3. Suhu oven pada 140 selama 10 minit api atas bawah. Selepas itu, naik kan suhu 150 api atas bawah juga tambah lagi 50 minit. Tengok pada kesesuaian oven

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fatimah Saari (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x