fbpx

Kek Marble Paddle Pop. Guna Yogurt Dalam Resipi Ni Kalau Nak Dapat Hasil Yang Lembut Dan Gebu.

iCookAsia

Pelbagai corak dan cara untuk buat Kek Marble sekarang ni. Tetapi untuk perkongsian resipi hari ni tak nak kalah. Sebab apa? Kek Marble ini berwarna Pelangi yang terinspirasi daripada Aiskrim Paddle Pop keluaran Walls Malaysia ini. Menarik dan kreatif kan?

Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resepi Kek Marble Yogurt Paddle Pop Viral ini 😀

Bahan-bahan:
6 biji telur Gred B
1 cawan gula kastor (170-180g)
1 sudu ovalette
2 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar yogurt asli

2 cawan/200g tepung self-rising
5 sudu besar susu pekat

160g butter/marjerin

*Buat anda yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sedikit tepung pada 170g dan tambah 30g susu tepung

Cara membuat:


1. Masukkan telur, gular kastor, ovalette, esen vanilla, yogurt asli, tepung self-raising dan susu pekat ke dalam bekas mixer.


2. Putar atau pukul adunan selama 3 minit dengan perlahan. Kemudian, naikkan tahap kelajuan pada high speed. Pukul hingga adunan menjadi gebu. (Kalau adunan tidak jatuh seperti dalam gambar bermaksud adunan anda ‘perfect’!)


3. Selepas itu, masukkan butter/marjerin yang telah dicairkan. (butter tu suam lagi bagus, kek lagi moist)

Ni contoh colour mak guna. Kalau nak guna jenama lain pun boleh je.

4. Dengan menggunakan loyang bersaiz 9X9, adunan dituang betindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis. Hentak loyang sedikit untuk bagi adunan rata.
5. Untuk permukaan adunan, lorek-lorek biasa saja.
6. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dahulu selama 5 minit.
7. Turunkan suhu pada 150 celcius untuk dibakar selama 45-50 minit. Masuk kan loyang tadi dan letak pada tingkat rak bawah sekali dan tunggu hingga masak.

Tips! Kalau lepas 40 minit jangan buka oven. Goyang kan pintu oven dan tengok pada tengah adunan kek. Kalau masih bergoyang, teruskan membakar. Jangan di cucuk pada tengah kek untuk elak kek mendap dari awal.

8. Setelah masak, terbalik kan kek atas redai dan tunggu hingga 2 ke 3 jam untuk hasil corak pada permukaan kek.

Amacam? Mudah tak? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi, video dan gambar: Azlina Ina Fans

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x