Resipi Kek Marble Susu ini cukup senang untuk disediakan, malah bahan yang diperlukan juga agak mudah dan pasti ada di dapur.
Semua bahan hanya perlu dikisar, tidak perlu sediakan langkah demi langkah, mudah kan?
Terima kasih Norshafinaz Saad atas perkongsian resipi.
Bahan :
1 cawan Tepung gandum
½ cawan Tepung jagung
1/3 cawan Susu tepung – boleh gunakan susu tepung anak
¾ cawan Gula castor
¼ cawan Fresh milk – boleh gunakan susu cair
6 biji Telur
40 gm / 2 sb Ovalette
80 gm Butter – cairkan
Cara :
- Putar semua bahan kecuali butter sehingga putih gebu.
- Selepas itu baru masukkan butter dan kacau sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170c menggunakan api atas bawah selama 35 hingga 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto : Norshafinaz Saad
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/