Pasti ramai penggemar Kek Ogura Pandan kan, rasanya yang cukup mewah dengan tekstur yang sangat lembut, fluffy dan moist memang buat tak puas makan.
Terima kasih Mariana Zainal atas perkongsian resipi.
Bahan A :
5 biji Putih telur – gred A
1/2 cawan Gula castor ( boleh kisar gula pasir)
1 sk Jus lemon – boleh gantikan dengan 1/4 sk cream of tartar
Cara :
- Pukul telur sehingga berbuih dan baru masukkan gula dan jus lemon. Putar lagi dalam 10 minit. Ketepikan.
Bahan B :
5 biji Kuning telur – gred A
1 biji Telur
80 ml Santan pekat
1 sb Jus pandan – boleh guna perisa pandan + pewarna hijau
85 gm Tepung kek
1/ 4 cawan Minyak jagung
Secubit garam
Cara :
- Satukan semua bahan B dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati dan berkrim.
- Panaskan ketuhar selama 10 hingga 15minit menggunakan api atas dan bawah. Gris nipis loyang saiz 7 inci, gunakan loyang bersaiz 8 inci pun boleh dan lapik dengan baking paper.
- Satukan bahan A dan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ambil satu lagi loyang yang lebih besar, contoh loyang bersaiz 9 inci. Masukkan air panas mendidih 1/4 loyang, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan tadi dan bakar selama 35 minit pada suhu 180c.
- Selepas itu turunkan suhu kepada 150c dan bakar lagi selama 35 minit.
- Selepas siap,rehatkan di atas redai.
Kredit resipi & foto : Mariana Zainal
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/