Kek pandan perkongsian Nur Zamnah Razak ini ala Kek Pandan Gula Melaka. Resipi yang dikongsikan ini sesuai untuk satu loyang bersaiz 6 atau 7 inci sahaja.
Bahan A :
1/2 cawan Salted butter / 125 gm salted butter
3/4 cawan Gula halus (Kalau pakai gula pasir blend dahulu)
Cara :
- Pukul bahan guna mixer medium beat atau senduk sehingga kembang.
Bahan B :
2 biji Telur gred A / 2 1/2 jika Telur gred B / 3 biji Telur jika gred C/D
Cara :
- Masukkan bahan B dalam adunan sedikit demi sedikit dan pukul sehingga adunan gebu.
Bahan C :
1 1/2 cawan Tepung kek @ tepung gandum – ayak
1 sudu besar Baking powder – ayak
Bahan D :
50 ml Susu full cream / 1/4 kotak Susu Full Cream Dutchlady kecil
100 ml Santan kotak / 1/2 kotak santan
3 sudu Esen perisa pandan
3 titis Pewarna hijau
Cara :
- Campurkan bahan C dan ayak.
- Kemudian adunkan bahan C dan D berselang seli dimulakan dengan bahan C terlebih dahulu dan diakhiri dengan bahan C juga.
- Griskan loyang dengan butter dan tuang adunan kek tadi. Bakar pada suhu 170c selama 25 hingga 30 minit.
Kredit resipi & foto : Nur Zamnah Razak
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/