fbpx

Kek Pandan Bersantan. Tak Sempat Sejuk Dah Habis Kena Makan. Harum Semerbak Satu Rumah. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kek Pandan Bersantan rasanya lebih berlemak dan punya tekstur yang agak lembab dan cukup menyelerakan. Kek ini lebih enak di makan sejuk-sejuk, namun baunya sewaktu dibakar, memang semerbak satu rumah.

 

Bahan :

4 biji Telur

1/2 cawan Gula (kena tambah gula kalau jenis yang makan manis)

1 sdm Ovelet

4 sdm Susu pekat

2 cawan Tepung gandum

1 sdk penuh Baking powder

1 kotak Santan adabi 200ml

Pewarna hijau

1 sdk Vanilla (optional) ada perisa pandan lagi bagus

 

Cara :

1. Putar telur dan selepas itu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Kemudian masukkan ovelet dan susu pekat. Putar sehingga gebu.

2. Masukkan tepung dan baking powder. Waktu ini jika nak kaup balik menggunakan senduk pun boleh. Guna mixer cepat sikit.

3. Akhir sekali masukkan santan dan pewarna.

4. Bakar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing.

5. Bagi yang tidak biasa bakar kek, oven kena dipanaskan dahulu 10 minit sebelum masukkan adunan.

Sumber : Dilla Min

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x