Admin pasti, ramai yang sudah mahir membuat Kek Sponge Pandan, betul tak? Tetapi pernahkah anda sedang cuba untuk dapatkan hasil permukaan yang sangat cantik dan licin?
Jika ya, jom ikut cuba buat resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Tengok sahajalah gambar dibawah ini. Licin dan tekstur kek ini sendiri, gebu gebas!
Terima kasih Haslinda Linda untuk perkongsian resipi Kek Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan Gula (kalau suka Manis, boleh letak 3/4 cawan)
1/2 sudu besar ovalette
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 cawan santan (nak letak susu cair pun boleh)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil perisa pandan
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak). Pukul sampai kembang.
- Akhir sekali, baru masukkan minyak masak dan kacau-kacau manja sahaja.
- Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 150’ selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Haslinda Linda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos