Kalau bukan musim PKP ini, bagi penggemar Kek sudah pasti buat cafe hunting untuk nikmati pelbagai jenis kek. Betul tak? Dah musim duduk rumah ni pula, tak dapat lah pula kan memandangkan perlu takeaway je.
Jadi, jom kita belajar buat Kek sendiri di rumah. Buat yang sudah mahir membuat kek, boleh pula cuba Kek yang mewah dengan pelbagai buahan yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini.
Terima kasih Min Meena Manjalara untuk perkongsian resipi Victoria Sandwich Cake ini 🙂
Bahan-bahan:
250g butter
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
2 cawan rata tepung naik sendiri (ayak)
1/2 cawan susu cair
1 penutup betul esen vanilla
Cara membuat:
- Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu dan pukul perlahan.
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan menggunakan senduk.
- Leser dengan butter/mentega pada loyang saiz 7 atau 8 dan letak baking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Api atas dan bawah dan suhu 180*c (panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu sebelum bakar kek).
Jem yang digunakan: strawberry / blueberry
Buah-buahan untuk hiasan:
Snow powder / gula aising
Frosting Cream:
*250g Cream cheese
*Sedikit butter
*6 sudu besar Susu pekat
*sedikit lemon juice
200ml Whipping cream
40g gula kastor
Cara penyediaan:
- Pukul bahan bertanda (*) hingga sebati.
- Pukul whipping cream dan gula kastor hingga kental.
- Kaup balik kedua-dua adunan dan sedia untuk disapu pada kek yang telah di bahagi dua dan telah disapu dengan jam strawberry.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Min Meena Manjalara (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos