Kek pisang marble ini antara kek yang paling mudah untuk dibuat di rumah. Bahan-bahan tidak perlu diadun mengikut langkah demi langkah, sebaliknya dicampurkan semua dan terus dikisar. Selepas kisar terus dibakar. Mudah kan?
Bahan :
2 cwn Tepung gandum – ayak
1 sudu kecik Soda – ayak
1 sudu kecik Baking powder – ayak
1 cwn Minyak
3/4 cwn Gula perang/putih (saya gunakan nisan)
3 biji Telur
4 biji Pisang berangan
Esen vanilla/esen pisang
Cara :
- Kisar semua bahan kecuali tepung, kemudian masukkan ke dalam bahan ayak.
- Kaup balik dan sedia untuk dibakar.
- Untuk membuat marble, asingkan sedikit adunan dan letakkan emulco coklat dan lorekkan di atas kek.
- Bakar pada suhu 160c lebih kurang satu jam atau sehingga masak.
Kredit resipi & foto : Siti Faiza
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/