fbpx

Kek Sarang Semut. Ini Tips Dapatkan Sarang Yang Cantik

iCookAsia

Nampak mudah, tapi sukar juga untuk membuat kek sarang semut ni. Kalau tidak kena gaya, tak nampak bersarang pun keknya.

Resipi perkongsian Wana Jamadi ni cukup mudah. Jelasnya sebelum dibakar, adunan haruslah diperap dahulu selama satu jam.

Bahan :

1 1/2 cwn gula pasir

2 cwn air panas

2 cwn tepung gandum

4 sudu mkn marjerin

5 bj telur ayam gred B

¾ cwn susu pekat (½ cwn untuk kurang manis)

3 sudu kecil soda bikarbonat

Cara :

1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga perang. Bila nampak keperangan, tuangkan air panas sikit demi sikit sampai habis. Perlahankan api sampai gula hangus dan air sebati. Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Biarkan sejuk.

2. Masukkan 5 biji telur ke dalam pengisar. Masukkan sekali susu pekat. Kisar sehingga sebati. Masukkan air gula hangus yang telah disejukkan tadi.

3.Tepung + soda bikarbonat . STEP (3 + 2 + 1) = Kacau sebati.

4.Sebelum dibakar, perap dahulu dalam setengah jam atau satu jam. Gunakan loyang 8×8.

5.Sapukan loyang dengan planta sedikit.

Masukkan adunan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150c. Gunakan api bawah dulu dalam 10 minit,selepas itu gunakan api atas bawah.

Sedikit perkongsian, tips untuk mendapatkan sarang yang elok, jangan gunakan mixer. Cukup dengan kacau menggunakan whisk.

Sumber : https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3074748656181763/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x