fbpx

Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik. Dah Siap, Masukkan Dalam Peti. Baru Sedap Makan Sejuk-Sejuk

iCookAsia

Cantik dan manis yang dapat diungkapkan apabila lihat perkongsian resipi kali ini. Warna merah jambu daripada Yogurt Perisa Strawberry ini dapat menarik perhatian ramai orang. Banyak tips juga yang boleh dapat daripada beliau. Haa.. nak perisa lain menggunakan yogurt perisa lain pun boleh. Yang penting, resipi ini wajib cuba!

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Kek Yogurt Strawberry Cheese ini 🙂

saiz loyang: 8 inci

Bahan-bahan:

4 biji kuning telur

180g cream cheese

2 bekas yogurt perisa strawberry

60g gula kastor

120g tepung gandum

200ml whipping cream

Cara membuat:

  1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
  2. Masuk kuning telur. Mix lagi dan agak-agak telur sudah kembang boleh stop mix.
  3. Masukkan yogurt dan mix sekejap.
  4. Kemudian ayak tepung dan masuk sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masuk terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.

*4 biji putih telur: Jangan bagi setitik air pun masuk kedalam adunan. Kalau ada air atau kuning telur yang bercampur, adunan tidak akan menjadi. 

80g gula kastor

  1. Mix putih telur hingga berbuih sedikit dan masukkan gula kastor. Kacau hingga kental dan  bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan itu sempurna, cuba tonggeng kan mangkuk telur, dan putih telur tak akan jatuh.
  2. Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
  3. Pada bahagian atas tu, titiskan Hershey strawberry. Lorek-lorekan pada atas kek sebelum masuk kedalam oven. Garis-gariskan sedikit dengan lidi.
  4. Untuk membakar, isi air panas kedalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan kedalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath. 
  5. Biarkan 1/2 loyang tenggelam kedalam dan boleh mula untuk membakar. Sebelum itu kena panaskan dahulu ketuhar pada suhu 170 selama satu jam 10 minit. Api atas bawah. 
  6. Sudah masak, tunggu sejuk sekejap dan masuk kedalam peti selama 2 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x